Tuesday, November 24, 2009

TIGA pendekatan PUTERI UMNO.....



:: PENDIDIKAN ::

Agenda Wanita Untuk Perubahan....

Dekad 90-an menyaksikan lebih ramai kumpulan wanita meminta untuk perubahan polisi dan tindakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di Malaysia Manifesto Wanita telah dilancarkan pada 1990, iaitu sebelum pilihanraya umum dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen semua parti politik bagi mempertingkatkan taraf wanita di dalam arena kerja, undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan, kesihatan, korupsi dan hak-hak manusia. Beberapa kumpulan wanita di Malaysia telah menghasilkan “Agenda 11-Perkara” semasa Forum Badan Bukan Kerajaan Berkenaan wanita di Beijing. Ia kemudiannya disampaikan kepada kerajaan Malaysia.

Selepas Persidangan Dunia Ketiga Berkenaan Wanita di Nairobi, Kenya yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kerajaan Malaysia pada tahun 1989 telah merumuskan National Policy on Women melalui rundingan bersama National Council of Women’s Organisation (NCWO) Malaysia. Bagaimanapun, hanya pada 1997, Jabatan Hal Ehwal Wanita di Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Sosial telah melaksanakan satu pelan Aksi Bagi Wanita di dalam Pembangunan (Action Plan for Women in Development) dengan tujuan menterjemahkan polisi kepada tindakan.

Kesungguhan Kerajaan Malaysia di dalam memperbaiki taraf wanita jelas terlihat di dalam Rancangan Malaysia yang Keenam (1991-1995) dan Ketujuh (1996-2000). Komitmen ini telah diperkukuhkan lagi apabila Kerajaan Malaysia telah mengubahsuai dan memperkukuhkan Konvesyen Tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention to Eliminate All Forms of Discrimination Against Women – CEDAW) pada 1995.

Kini, walau telah menapak ke alaf baru, kebanyakan isu penting yang telah dibangkitkan di dalam era 90-an, masih belum diselesaikan. Sungguhpun beberapa kumpulan wanita telah berjaya menggubal Akta Keganasan Rumahtangga (Domestic Violence Act) pada 1994, masih banyak lagi undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Tambahan pula, penyertaan Malaysia di dalam ekonomi global dan pembukaan pintu kepada liberalisasi ekonomi juga menjejaskan kedudukan wanita.

Perkembangan politik semasa di Malaysia telah memberikan dorongan dan kepentingan untuk menguatkan penglibatan wanita di dalam budaya, ekonomi dan politik. Oleh itu, agenda wanita untuk perubahan mencerminkan komitmen Puteri UMNO bagi memperolehi kesamarataan jantina dalam pembangunan.

Inisiatif ini bertujuan :

· Menarik perhatian kepada masalah, isu dan keperluan wanita yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan.
· Meningkatkan kesedaran di kalangan wanita dan lelaki tentang kedudukan wanita di Malaysia.
· Menguatkan penglibatan parti politik dan suara wanita di Malaysia bagi mempromosi dan mencapai kesamarataan jantina serta bekerja bagi sebuah masyarakat yang adil dan demokratik.
· Menguatkan satu jaringan organisasi wanita dan Badan-Badan Bukan Kerajaan untuk bekerja bagi memperkukuhkan taraf wanita di Malaysia.

Pada 9 dan 10 Januari 1999, Bengkel Kebangsaan Berkenaan Agenda Wanita Untuk Perubahan telah dianjurkan bersama oleh Women’s Development Collective (WDC), SIS Forum Malaysia, Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Pusat Pergerakan Wanita (AWAM). Bengkel ini telah mengenalpasti 10 isu utama berdasarkan pengalaman dan kedudukan mereka di dalam masyarakat.

Kesemua isu ini telah dibincangkan. Sebanyak 34 organisasi wanita dan Badan-Badan Bukan Kerajaan telah menghadiri dan mengemukakan kertas kerja. Kertas kerja tambahan iaitu “Wanita, Kesihatan dan Seksualiti” telah ditambah ke dalam agenda tersebut. Ini agenda kita bersama selaku wanita. Gunakannya untuk menggerakkan ;

* Kerajaan dan institusi-institusi untuk mendapatkan sokongan mereka dari aspek polisi dan tindakan.
* Ahli politik supaya mereka akan menyertai isu dan langkah-langkah yang telah dikenalpasti ke dalam manifesto pilihanraya mereka dan sekiranya dilantik ke dalam aktiviti kewilayahan mereka.
* Masyarakat umum bagi meningkatkan kesedaran mereka berkenaan isu dan cabaran yang dihadapi wanita Malaysia.

Puteri UMNO berharap masyarakat dapat menyumbangkan pendapat dan idea mengenai hal ini. Malaysia berada di ambang Perubahan Agenda Wanita.

:: PERKHIDMATAN ::

Agenda Prihatin Untuk Wanita....

Puteri UMNO Malaysia menggunakan pendekatan perkhidmatan untuk menarik minat golongan wanita muda di bawah 35 tahun untuk menyumbang tenaga serta fikiran melalui Biro Perkhidmatan. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan aktiviti perkhidmatan seperti program prihatin, majlis jamuan, kutipan amal tabung generasi wanita prihatin, mendapatkan sumbangan penajaan dari orang perseorangan dan badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan.

Biro ini juga memantau masalah remaja dan wanita muda di bawah umur 25 tahun khasnya. Puteri membantu menangani masalah tersebut dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi kesan positif kepada semua masyarakat.

Biro Perkhidmatan adalah salah satu Biro di bawah Struktur Organisasi Puteri UMNO Malaysia yang memainkan peranan untuk membantu memimpin golongan wanita muda dalam bidang industri, seni, professional dan ibu-ibu muda. Di samping itu biro ini juga memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak istimewa, wanita kurang upaya, ibu tunggal dan sebagainya.

Biro ini juga menekankan aktiviti sehat untuk mereka, secara tidak langsung dapt membantu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi olerh wanita muda, terutamanya masalah sosial yang sedang melanda negara kita sekarang ini.

:: KESIHATAN DAN KECERGASAN ::

Lahirkan Warga Sihat Salah satu pendekatan Puteri UMNO dalam mendekati generasi wanita muda ialah melalui kesihatan dan kecergasan.

Kesihatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kesejahteraan (wellness) dan kecergasan (physical fitness) :

** Kesejahteraan (Wellness)....

Proses peningkatan kesedaran tentang keupayaan diri adalah melalui peningkatan tahap kecergasan fizikal, pemakanan yang lebih baik, menjalin hubungan baik dengan orang lain dan mementingkan penjagaan diri serta peka terhadap persekitaran.

Kesejahteraan dipaparkan sebagai gaya hidup yang memerlukan rasa tanggungjawab bagi mencapai keupayaan maksimum diri. Kesihatan yang baik dicapai melalui perubahan. Ia berkait rapat dengan tujuan hidup dan kecekalan diri untuk mengawal keadaan.

**Kecergasan Fizikal (Physical Fitness)....

Senaman adalah komponen kecergasan yang terpenting. Manusia tidak dapat memperolehi kecergasan yang lengkap tanpa asas kesihatan fizikal yang baik. Sasaran utama senaman adalah untuk membina dan mengekalkan kecergasan fizikal. Peningkatan kecergasan fizikal pada asasnya bergantung kepada peningkatan keupayaan jantung dan peparu. Peningkatan ini membolehkan tubuh memenuhi keperluannya dalam menghadapi sebarang keadaan kecemasan yang mungkin memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Pertambahan keupayaan kerja juga merupakan asas fizikal yang baik bagi perkembangan kemahiran dalam pelbagai jenis sukan.

Keupayaan bekerja yang meningkat menunjukkan kecergasan fizikal yang bertambah baik terutamanya bagi perkembangan kemahiran dalam pelbagai jenis sukan.

Faedah jika kita kerap bersenam :-
1. Memperbaiki fungsi psikologi
2. Memperbaiki ketrampilan diri
3. Meningkatkan kecekapan jantung dan peparu
4. Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot
5. Mengurangkan gerak balas terhadap tekanan (stress)
6. Lebih perlindungan daripada masalah sakit belakang
7. Mungkin melambatkan proses penuaan
8. Pengekalan berat badan yang sesuai
9. Mungkin mengurangkan risiko sakit jantung koronari

DUN Kota SIPUTEH.... DITANGGUH buat sementara.....


Petang ni dapat tau pulak berita baru kata Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan hari ni menerima rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguh keputusan Mahkamah Tinggi semalam, apabila telah mengisytiharkan DUN Kota Siputeh kosong....  Apapun syukur Alhamdulillah....

Kot area2 Kedah sehari dua ni, bahang deman Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh semakin terasa... Macam angin lalu kot telinga.... Sat sejuk sat panaih.... Disana sini dok dengaq orang nu orang ni dok teka2 sapa yang layak untuk menggantikan tempat Dato Abu Hassan Shariff... Emmm.... Ada yang dok kata Datuk Mukhriz Mahathir, ada jugak yang cakap Dato Rahman Ariffin, tak kurang hebatnya ada yang masih nakkan Dato Abu Hassan Shariff jugak.... Macam2 cerita...

Ada jugak pertanyaan yang dilontarkan kat aku lebih kurang seminggu yang lalu.... Depa kata yang mana lebih layak diantara ketiga2 ketua2 sayap bahagian tu.... Maksudnya disini samada Datuk Maznah (Ketua Wanita), Khairi (Ketua Pemuda) atau Yusmawati @ Ten (Ketua Puteri)... Urrrmmm... Sudah untuk kita ungkapkan ketika ni.... Cuma tunggu tengok dan turun padang berperang n buat qeja ja la kalau Pilihanraya Kecil kat DUN Kota Siputeh tu terpaksa dibuat jugak....

Apapun, pendapat aku secara peribadi.... Kalau nak letak calon biaqlah yang betoi2 berkaliber dan layak untuk berkhidmat disitu.... Aku takmau pekondem sesapa... tetapi disaat2 genting macam ni, secara peribadi aku rasa Datuk Mukhriz is the best person to put there... Aku taktau pulak pendapat orang lain... Tapi sapa pon jadi calonnya, aku bersedia untuk berhempas pulas disana....

Akhirnya... BERUNDUR sudah MENANTU tok guru NIK AZIZ......


KOTA BHARU, 24 Nov. – Sudah terhantuk baru terngadah, sememangnya itulah perumpamaan yang paling sesuai bagi menggambarkan kedangkalan keputusan daripada rentetan situasi dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) membabitkan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz iaitu Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Apa yang dapat digambarkan daripada peristiwa tersebut, Ariffahmi yang diarahkan berundur terpaksa berbuat demikian setelah terlalu banyak kepincangan dilakukan oleh beliau selaku Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) PMBK hinggakan mengundang kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dikatakan bahawa persetujuan berkaitan perletakan jawatan tersebut dilakukan ekoran akur dengan nasihat Nik Aziz selepas beberapa pemimpin tertinggi PAS Pusat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar terbabit.

Menurut laporan, pertemuan dengan pimpinan PAS diadakan kediaman Menteri Besar yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din; Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan tersebut berikutan kepincangan dalam PMBK memberi kesan negatif secara langsung kepada PAS keseluruhannya.

Namun demikian, Ariffahmi tetap beranggapan bahawa dirinya tidak bersalah malah seperti para pemimpin dalam PAS; mengatakan bahawa dirinya dituduh dengan fitnah bagi merosakkan nama baiknya sebagaimana yang terbongkar melalui penulisan dalam sebuah lama blog.

Kemelut PMBK yang diterajui Ariffahmi ini bermula 9 November lalu ekoran siasatan SPRM terhadap perbadanan tersebut dan ia bertambah rumit dengan apabila kontrak Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan.

Dalam waktu yang sama, Nik Aziz mengakui menerima tajaan menunaikan haji bernilai RM65,000 yang turut disertai anggota keluarganya dan Ariffahmi sendiri. Namun demikian Nik Aziz membatalkan niat tersebut apabila pengakuannya mengundang persoalan bukan sahaja kepada ahli-ahli PAS dan masyarakat Kelantan tetapi juga kepada khalayak umum.

Jika selama ini, banyak permasalahan yang berlaku dalam PAS dikaitkan dengan menunding jari kepada UMNO malah UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuklah kronisme, korupsi dan macam-macam lagi tetapi kepincangan tersebut mendedahkan pekung di dada.

Lantaran itu, nilailah sendiri bersandarkan kepada pertimbangan yang waras berkaitan siapa yang benar dan siapa yang salah….

Monday, November 23, 2009

Pilihanraya Kecil DUN KOTA SIPUTEH... CONFIRM!!!



Baru sebentar tadi dah diumumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggantung keputusan mengisytiharkan pengosongan DUN Kota Siputeh dan mengarahkan pilihanraya kecil dalam tempoh 60hari....

Dapat ja message ni aku terus tak fokus pada kerja2 yang aku tengah buat... Ramai2 mengharapkan agar tiada lagi pilihanraya kecil dimana2 kawasan, tapi apa yang dapat kita katakan lagi.... Pakat2 turun padang buat kerja all-out untuk mengembalikan kerusi ni ketangan Barisan Nasional.... 

Buat semua pemimpin2 UMNO dan Barisan Nasional (BN), jadikan ini iktibar kepada kita semua.... Kita jangan lagi lalai n leka... Buruk padahnya.... Jadi, aku nak ucapkan Selamat BERJUANG dan BERPERANG kepada semua jentera yang akan turun membantu.... Selamat datang ke KEDAH....

JOM KITA PERANG SAMA-SAMA....

Saturday, November 21, 2009

Hari KELUARGA 1 MALAYSIA Kawasan RUKUN TETANGGA Taman Wira Zon 1......


















































Thursday, November 19, 2009

Pu3 KEDAH :: Tournament BOWLING antara BAHAGIAN2 seluruh negeri KEDAH......












































Wednesday, November 18, 2009

Kes KOTA SIPUTEH menjadi IKTIBAR kepada Wakil Rakyat BN :: Tan Sri Muhyiddin......



Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh berikutan kegagalan wakil rakyatnya menghadiri sidang Dewan tanpa kebenaran.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kecewa dengan sikap wakil rakyat terbabit, berkata setiap daripada mereka yang terpilih itu, perlu bertanggungjawab menunaikan tugas masing-masing untuk menghadiri sidang DUN.

“Saya kecewa… saya tidak mahu membuat apa-apa andaian kerana dalam situasi genting sekarang, kita perlukan wakil rakyat di peringkat nasional dan DUN, mengambil berat kehadiran dalam dewan.

“Itu sebahagian tanggungjawab utama kerana kalau tidak, semua masalah yang dihadapi pengundi tidak mungkin dapat dibawa ke sidang DUN,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum menyampaikan pernyataan negara sempena Sidang Kemuncak Jaminan Bekalan Makanan Dunia di sini, Selasa.

Semalam, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi DUN Kota Siputeh.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sebagai wakil rakyat, mereka perlu melaksanakan tugas mereka sepenuh hati dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Menyatakan bahawa kehadiran mereka dalam sidang dewan bukan sahaja untuk memenuhi korum, beliau berkata: “Kalau kita malas dan tidak memberikan perhatian mengenai kehadiran, tidak bersuara dan tidak memberikan pandangan tentang isu masyarakat dan negara.

“Kita tidak dapat diberikan penghargaan oleh pengundi, kesannya esok kepada kita. Ini harus menjadi ikhtibar kepada semua wakil rakyat (BN),” katanya.

Beliau berkata UMNO dan BN bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh sekiranya rayuan terhadap kekosongan kerusi berkenaan ditolak oleh mahkamah.

“Apa strategi yang disusun adalah untuk memastikan kita berjaya dan mengambilkira semua perkara dan atas dasar itu, kita yakin bersedia sepanjang masa untuk menghadapi pilihan raya kecil itu,” katanya.

– BERNAMA